Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Calon Pakatan Harapan (PH), Aina Sayuti, 37, bertekad untuk berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, jika diberi kepercayaan dan mandat untuk menerajui pimpinan, di sini.
Aina dengan bersemangat berkata, beliau cuba untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN berkenaan sebagaimana kepimpinan Sayyidina Umar Al-Khatab.
“Kebanyakan apabila saya turun mereka mahukan khidmat rakyat yang lebih baik, jadi saya tawarkan khidmat rakyat. Manifesto saya yang pertama adalah saya mahu membuka 24 jam bilik Gerakan bilik operasi dan bilik pusat khidmat saya, pusat khidmat rakyat secara 24 jam kepada rakyat Pasir Tumboh, itu yang pertama.

Calon PH DUN Pasir Tumboh, Aina Sayuti
“Yang kedua, saya akan menubuhkan satu skuad sebagaimana skuad Sayyidina Umar Al Khatab mencari masalah rakyat kita akan pantau masalah rakyat, maknanya skuad bergerak turun lapangan,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, beliau juga menawarkan khidmat masyarakat dengan membuat sidang DUN setiap tiga bulan sekali dengan berkonsepkan “Rakyat Bersuara dan Saya Mendengar”.
“Ini adalah salah satu one stop centre yang menggabungkan sarjana-sarjana dan juga agensi-agensi kerajaan baik dekat pusat dan NGO-NGO yang fokus isu rakyat untuk mebantu rakyat secara lebih khusus dan menawarkan solusi kepada permasalahan rakyat,”katanya.

Aina berkata beliau akan membuka 24 jam bilik gerakan untuk semua rakyat Pasir Tumboh.
Aina calon luar adalah anak jati Kg. Gelang Mas, Pasir Mas, bagaimanapun sudah tidak asing lagi di kawasan tersebut kerana keluarga suaminya adalah anak jati dan pengundi di DUN berkenaan.
“Pasir Tumboh bukanlah asing bagi saya dan apabila kita menerima mandat daripada pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamanahkan untuk saya bertanding di sini maka saya cuba yang terbaik.
“Bagi saya bumi Pasir Tumboh dan Kubang Kerian ini bersedia menerima perubahan kali ini,”katanya.
Imedikel TV






