Home Buletin Semasa BANGKIT UNTUK TERUS MAJU

BANGKIT UNTUK TERUS MAJU

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan sehingga terpaksa berhenti kerja, namun kecekalan seorang pemuda dari Kampung Banggol Hutan, Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini bangkit untuk menongkah cabaran hidup.

Tengku Amirul Akmal Tengku Ruslan, 33, kini mengusahakan perniagaan bengkel kereta sejak 26 Mac lalu.

“Saya ada masalah ke sihatan sikit, jadi saya terpaksa tinggalkan kerja dulu dan sekarang saya bangkit balik dan ingin meneruskan kehidupan. Sebelum ini saya bekerja di sebuah Pasar Raya selama tiga tahun, lepas tu saya bekerja sebagai juruteknik dalam masa sebulan lepas tu kerja sendiri,”katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bengkel Tajaan Program Cakna Prihatin, di sini, baru-baru ini.

Katanya yang memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal, pengalamannya bekerja dan latihan industri di pusat perkhidmatan kereta sebelum ini mendorongnya untuk memiliki perniagaan itu sendiri.

Amirul nekad bangkit untuk mengusahakan perniagaan sendiri yang menyediakan perkhidmatan kereta kepada orang ramai.

“Harapan saya semoga saya dapat majukan saya punya syarikat dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang sekeliling dan terus sihat,”katanya.

Amirul bagaimanapun bersyukur kerana mendapat bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bantuan daripada PERKESO dan Tabung Haji semoga saya akan terus  dapat bekerja dan Berjaya,”katanya.

Menurut Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, pada April 2022, dia dirujuk kepada PERKESO melalui Klinik Re-Employment, Support, Treatment dan Rehabilitation Teamwork (RESTART).

“Selaras kelayakannya sebagai pencarum untuk memperoleh faedah Skim Keilatan menerusi Akra Keselamatan Sosial Pekerja 1964 (Akta 4). Klinik RESTART adalah Kerjasama pintar antara Cawangan Return to Work PERKESO bedrsaa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan penempatan pekerjaan.

“Pendekatan ini dipilih selaras usia dia yang masih muda dan bermotivasi untuk bekerja,”katanya.

Dalam majlis itu Amirul menerima peralatan bengkel kereta tajaan Program Cakna Prihatin berjumlah RM4,060.

Dalam pada itu, bagi memperkasa asas kemahiran dan memangkin perkembangan perusahaan bengkel yang mampan, Amirul dijadual untuk mengikiti Kursus Asas Keusahawanan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here