BRISBANE: Persiapan Rafa Nadal menjelang Terbuka Australia terbantut apabila pemain Sepanyol itu tewas di tangan Jordan Thompson di suku akhir Kejohanan Antarabangsa Brisbane.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian Wakil tuan rumah, Thompson, menyelamatkan tiga mata perlawanan sebelum meraih kemenangan 5-7, 7-6 (6), 6-3 ke atas Nadal yang menyertai kejohanan pertamanya selepas hampir setahun dibelenggu kecederaan pinggul.
Memenangi set pertama dan mendahului 6-4 di tiebreak set kedua, Nadal berada di ambang kemenangan sebelum Thompson bangkit dan meraih kemenangan penuh dalam tempoh 3 jam setengah.
“Untuk menewaskan Rafa di Brisbane di suku akhir dan saya fikir inilah separuh akhir pertama saya di gelanggang keras juga,” kata Thompson yang selepas ini dijadual bertemu Grigor Dimitrov di separuh akhir.
Pilihan kedua kejohanan, Dimitrov menewaskan Rinky Hijikata 6-1, 6-4 untuk mara ke separuh akhir.
Untuk rekod, Nadal menjalani dua pembedahan di pinggul selepas tercedera di Terbuka Australia 2023. – AGENSI-BH ONLINE-
Imedikel TV






