ROMA: Mahkamah tertinggi Itali, membebaskan mendiang legenda Argentina, Diego Maradona daripada dakwaan mengelak cukai.
Memetik laporan RUETERS menerusi berita harian Keputusan itu sekali gus menamatkan 30 tahun ‘pertempuran’ undang-undang antara bekas penyerang Napoli itu dengan pihak berkuasa perolehan.
Dikenali sebagai ‘El Pibe de Oro’ atau ‘Golden Foot’, Maradona didakwa menggunakan syarikat proksi di Liechtenstein bagi mengelak cukai guaman ketika menerima bayaran antara tahun 1985 dan 1990 dari kelab Napoli untuk hak imej peribadinya.
“Semuanya sudah berakhir dan saya boleh menyatakan dengan jelas tanpa rasa bimbang mengenai sebarang pencanggahan yang Maradona tidak pernah menjadi seorang pengelak cukai,” kata peguamnya, Angelo Pisani.
Maradona meninggal dunia pada November 2020 akibat serangan jantung.
Siasatan mengenai bayaran cukai pemain bola sepak itu bermula pada awal 1990 dan menyebabkan caj sebanyak 37 juta euro (RM188 juta) selain rampasan beberapa barangan milik pemain berkenaan ketika kunjungannya ke Itali. – RUETERS-BH ONLINE-
Imedikel TV






