Home Hiburan NABILA TAK HARAP MENANG TROFI FFM 34 MALAM INI

NABILA TAK HARAP MENANG TROFI FFM 34 MALAM INI

265
0

KUALA LUMPUR: Finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-34, Nabila Huda tidak meletakkan harapan tinggi untuk membawa pulang trofi berprestij itu, malam ini.

Memetik laporan Berita Harian, Nabila yang mesra disapa Abil berkata, saingan yang dihadapi kali ini cukup sengit membabitkan empat calon hebat iaitu Datin Sofia Jane, Khatijah Tan, Maya Karin dan Sweet Qismina.

Tercalon menerusi lakonan mantap sebagai Maimon dalam filem Telaga Suriram, Nabila mengakui rendah diri diletakkan sebaris empat pelakon terbabit.

“Ini bukan rasa rendah diri yang dibuat-buat, memang dari dahulu saya tidak pernah berharap untuk dicalonkan. Saya tidak pernah rasa diri ini terbaik.

“Saya fikir jiwa pelakon memang macam itu. Apabila lihat pelakon lain, kita akan rasa mereka lagi hebat.

“Saya pun selalu tertanya-tanya apakah lakonan saya okay atau apakah masih macam ‘kayu’. Sampai sekarang perasaan itu masih timbul,” katanya yang mengakui tidak percaya muncul finalis FFM 34.

Mengulas kelainan watak Maimon yang tiada dialog sebaliknya bermain dengan ekspresi wajah dan bahas tubuh, Nabila menyerahkan penilaian kepada juri.

“Watak Maimun sangat berbeza. Dia tidak bercakap dan tiada dialog. Segala-galanya bergantung kepada ekspresi.

“Sebenarnya. untuk menyampaikan emosi tanpa kata-kata adalah jauh lebih susah berbanding berlakon menggunakan dialog,” katanya.

Nabila pernah menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik pada FFM 28. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here