Home Sukan MUNOZ TERUJA JDT CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

MUNOZ TERUJA JDT CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

152
0

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz jelas teruja apabila skuad bimbingannya melakar sejarah tersendiri selepas layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) buat pertama kali.

Memetik laporan Harian Metro, walaupun JDT tewas tipis 0-1 kepada Sanfrecce Hiroshima dalam aksi timbal balik pusingan 16 Zon Timur ACLE di Stadium Edion Peace Wing, kemenangan 3-1 ke atas skuad kendalian Bartosch Gaul membolehkan skuad yang bergelar Harimau Selatan mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 3-2.

Bagi Munoz, kejayaan itu bukan terletak kepada dirinya tapi hasil kerja keras pemilik JDT, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa berada bersama pasukan dan memberi kata-kata semangat serta mahu melihat JDT mara lebih jauh dalam saingan kelab elit Asia.

“Memang menakjubkan, bukan satu tugas mudah untuk layak tapi kami berpegang kepada kata-kata Boss (Tunku Mahkota Ismail) tiada yang mustahil dan apa jua kerja keras dilakukan pasti ada ganjaran. Itu yang menjadi pendorong untuk kami bertekad melaksanakan tugas dengan sempurna.

“Ia perlawanan sukar bagi dan seperti saya katakan petang semalam, bagaimana Sanfrecce memiliki barisan pemain terbaik tatkala melakukan beberapa set-piece’ yang mengundang cemas di benteng JDT namun pujian kepada pemain saya apabila mengekalkan konsistensi.

“Walaupun lawan berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti tapi tidak memberi masalah bagi kami tatkala gol itu djaringkan pada hujung permainan, malah pemain JDT beraksi tanpa tekanan untuk menangkis segala asakan mereka yang bertali arus menambah jaringan.”

Pengendali kelahiran Sepanyol itu, mengakui musim ini tampak begitu sukar bukan sahaja perlu mengharungi saingan liga domestik malah membabitkan aksi ACLE dan Kejuaran Kelab Asean dan perlu menempuh tempoh perjalanan yang jauh,

Apapun, beliau menyifatkan semuanya berbaloi tatkala impian melangkah ke suku akhir saingan ACLE menjad realiti dan ia beri pengalaman manis buat skuad Harimau Selatan dan perlu melakukan persediaan lebih rapi bagi menempuh aksi yang lebih mencabar. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here