Home Luar Negara SERANGAN DITERUSKAN SEHINGGA TIADA LAGI PERANG KE ATAS IRAN: IRGC

SERANGAN DITERUSKAN SEHINGGA TIADA LAGI PERANG KE ATAS IRAN: IRGC

89
0

TEHRAN: Pertubuhan Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan ia tidak akan menghentikan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Israel sehinggalah tiada “bayang-bayang perang” ke atas negara itu, Agensi Berita Mehr (MNA) melaporkan.

Dalam kenyataan pada Selasa, IRGC mengumumkan pelancaran gelombang ke-38 Operasi “True Promise 4”, mengatakan pada ulang tahun syahidnya Imam Ali, dengan kod “Ya Haidar Karrar”, baki pangkalan tentera AS di rantau dalam sasaran.

Memetik laporan Bernama-MNA menerusi Harian Metro, IRGC menambah pangkalan helikopter AS dikenali sebagai Al-Adairi di Kuwait menerima dua serangan, menyebabkan lebih 100 tentera AS cedera dan dipindahkan ke hospital.

Menurut IRGC lagi, pangkalan strategik AS di pelabuhan Mina Salman sebagai pangkalan tentera laut kelima AS termasuk radar strategik Leeds turut disasarkan.

Selain itu, Patriot Camp dan kemudahan perumahan tentera AS di dua pangkalan iaitu Mohammad Al-Ahmad dan Ali al-Salem juga diserang.

IRGC seterusnya mengisytiharkan bahawa perang menentang pengganas AS dan Israel akan diteruskan secara paksa.

Menurut IRGC, ia hanya mahukan musuh menyerah diri sepenuhnya sambil menambah apabila tidak lagi ada perang ke atas negara itu, (barulah) mereka akan menghentikan serangan. – BERNAMA-MNA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here