Home Buletin Semasa MOTAC GANTUNG LESEN TRIPZ HR HOLIDAY TOURS

MOTAC GANTUNG LESEN TRIPZ HR HOLIDAY TOURS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) mengambil tindakan dengan menggantung lesen terhadap agensi pelancong, Syarikat Tripz HR Holiday Tours Sdn Bhd.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan syarikat berkenaan mengelolakan perkhidmatan pakej haji untuk musim haji 1445H/2024M tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah.

“Ini adalah satu pelanggaran terhadap Seksyen 27 Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] dan perbuatan ini merupakan suatu perlanggaran kepada undang-undang bertulis lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8 (1)(b) Akta 482.

“Ia berkuatkuasa 7 Oktober 2025 sehingga 8 Januari 2026,” jelas kenyataan itu, pada Rabu.

Dalam pada itu, MOTAC menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia MADANI.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here