Home Hiburan MIA SARA PILIH DIAM, TUNGGU MASA JAWAB TUDUHAN

MIA SARA PILIH DIAM, TUNGGU MASA JAWAB TUDUHAN

330
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian media sosial ‘panas’ apabila Puteri Balqis tampil ‘menempelak’ pelakon Mia Sara Nasuha hingga ada netizen membuka kisah gelap bintang remaja itu yang menjadi sorotan terkini.

Rentetan isu itu, wakil pengurusan Mia Sara, iaitu Xeno Entertainment enggan memanjangkan perkara terbabit sambil memaklumkan menunggu masa tepat untuk memberi kenyataan rasmi.

“Sebenarnya, kami putuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang. Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu.

“Jika dan bila masa yang tepat sampai, serta selepas apa bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit,” demikian kenyataan jurucakap syarikat berkenaan.

Kelmarin, Puteri Balqis atau nama sebenar, Puteri Balqis Azizi, 19, membuat pendedahan mengejutkan apabila secara terbuka memetik nama Mia Sara, 21, yang didakwa pernah memalukan ibunya serta keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish dilapor meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan tindakan Mia Sara menangis di hadapan wartawan, baru-baru ini sebagai usaha meraih simpati.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia 2014 itu turut mendakwa Mia Sara pernah meninggalkan komen dan menyukai komen berunsur penghinaan terhadap dirinya dan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, dalam media sosial.

“Secara terbuka kau komen kata mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku. Kau ‘like’ komen yang berunsur penghinaan terhadap aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua itu?” tulis Aqish lagi.

Aqish turut mendakwa percubaan memperdaya ibunya menggunakan namanya sebagai alasan tawaran kerja turut berlaku.

“Kau ingat aku lupa? Kami diam bertahun. Semua orang tahu keluarga kami teruk, kucar-kacir, huru-hara, bertatu satu badan. Tapi tak perlu khianat keluarga kami dalam diam,” katanya.

Aqish turut menempelak sikap Mia Sara yang didakwanya berbeza antara kehidupan peribadi dan imej di media sosial.

Sementara itu, satu hantaran di Threads mendapat perhatian apabila Mia Sara didakwa ‘kaki clubbing’ dan tidak sepadan imej bertudung.

Pada masa sama, Aqish turut menaikkan isu terbabit menerusi Instagram Story (IGs) untuk menuntut Mia Sara meminta maaf kepada ibunya, Norashikin. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here