Home Sukan ‘MESSI LEBIH BAIK? SAYA TAK SETUJU’ – RONALDO

‘MESSI LEBIH BAIK? SAYA TAK SETUJU’ – RONALDO

LONDON: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, Cristiano Ronaldo sekali lagi menegaskan keyakinannya bahawa dirinya adalah pemain bola sepak yang lebih hebat berbanding Lionel Messi.

“Adakah Messi lebih baik daripada saya? Saya tidak setuju. Saya tidak mahu berpura-pura merendah diri,” kata Ronaldo dalam temu bual bersama Piers Morgan di Morgan Uncensored.

Dalam tempoh antara 2008 hingga 2017, Messi dan Ronaldo mendominasi anugerah Ballon d’Or ketika masing-masing beraksi bersama Barcelona dan Real Madrid.

Prestasi luar biasa kedua-duanya mengubah landskap bola sepak moden dan mencetuskan perdebatan berterusan mengenai siapa yang layak digelar pemain terhebat sepanjang zaman.

Ronaldo pernah menjulang lima kejuaraan Liga Juara-Juara, berbanding empat milik Messi.

Namun dari segi anugerah individu, Messi mengungguli senarai dengan lapan Ballon d’Or, manakala Ronaldo memenangi lima.

Selain kejayaan di peringkat kelab, kedua-dua bintang itu juga berjaya membawa kejayaan besar buat negara masing-masing dengan Ronaldo mengetuai Portugal menjuarai Euro 2016, manakala Messi membawa Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.

Kini bersama Al Nassr dalam Liga Pro Saudi, Ronaldo sedang menghampiri rekod 1,000 gol dalam perlawanan kompetitif rasmi sepanjang kariernya.

Setakat ini, bintang berusia 40 tahun itu sudah menjaringkan 952 gol, selepas meledak dua gol terbaharu menentang Al Feiha dalam saingan liga.

Jika dia berjaya mencapai angka 1,000 gol, rekod itu bakal menjadi satu pencapaian sukar ditandingi oleh Messi.

Buat masa ini, rekod jaringan tertinggi secara rasmi sering dikaitkan dengan Pele dan Romario, namun kedua-duanya turut mengambil kira jaringan daripada perlawanan persahabatan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here