Home Sukan MCGREGOR BEBAS TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL

MCGREGOR BEBAS TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL

163
0

MIAMI: Seorang wanita Amerika Syarikat yang mendakwa Conor McGregor melakukan serangan seksual ke atasnya ketika perlawanan bola keranjang NBA menarik balik saman terhadap petarung seni mempertahankan diri Ireland itu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, McGregor, 37, antara petarung paling terkenal dan menguntungkan dalam Ultimate Fighting Championship (UFC), sebelum ini menafikan tuduhan serangan seksual selepas perlawanan Miami Heat pada 2023.

Peguam wanita berkenaan, yang dikenal pasti dalam aduan awal sebagai seorang eksekutif Wall Street berusia 49 tahun, memfailkan notis penarikan saman secara sukarela di mahkamah Florida pada Selasa.

Pendakwa raya sebelum ini menolak untuk meneruskan pendakwaan jenayah terhadap kejadian yang didakwa berlaku itu.

McGregor menghadiri Perlawanan 4 Final NBA antara Miami Heat dan Denver Nuggets pada Jun 2023 sebagai sebahagian daripada perjanjian penajaan untuk mempromosikan jenama semburan melegakan kesakitan.

McGregor sebelum ini didakwa bertemu wanita berkenaan di akhir perlawanan di kawasan VIP stadium.

Ia mendakwa seorang kenalan McGregor kemudian membawa wanita itu ke tandas lelaki, di mana McGregor dituduh menyerangnya di dalam bilik air.

Dalam kes serangan seksual berasingan di Ireland tahun lalu, McGregor didapati bersalah dan diperintahkan membayar ganti rugi kira-kira $250,000 (RM1,280,000) kepada seorang wanita yang mendakwa beliau merogolnya.

Bulan lalu, bekas juara UFC dalam kategori featherweight dan lightweight itu digantung 18 bulan selepas gagal menghadiri tiga ujian dadah dalam tempoh 12 bulan.

Disebabkan penggantungan itu dikira bermula pada September 2024, McGregor akan bebas bertarung semula menjelang Mac tahun depan sekali gus berpotensi bertanding dalam acara UFC yang dijadualkan pada 14 Jun di White House sempena hari jadi Presiden AS, Donald Trump.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here