Home Sukan MARESCA KRITIK PRESTASI HAMBAR PEMAIN

MARESCA KRITIK PRESTASI HAMBAR PEMAIN

190
0

LEEDS: Enzo Maresca mengkritik prestasi hambar Chelsea selepas cabaran mereka untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima tamparan hebat dengan kekalahan mengejut 1-3 di tangan pasukan bawahan Leeds, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, pasukan Maresca membayar harga yang mahal akibat persembahan longlai pada separuh masa pertama yang mengecewakan di Elland Road, dengan Leeds menjaringkan gol melalui Jaka Bijol dan Ao Tanaka.

“Tiada siapa yang berada pada tahap terbaik mereka. Lawan lebih baik dari kami dalam semua aspek, mereka layak menang.

“Malam yang sangat mengecewakan. Kami bermain begitu baik menentang Arsenal dan Barcelona, tetapi itu tidak bermakna kami akan sentiasa beraksi begitu kerana situasi yang perlu dikawal, pemain yang perlu dipusingkan.

“Satu-satunya yang boleh kami lakukan ialah cuba fahami apa yang kami lakukan dan kemudian reset semula,” kata Maresca.

Chelsea kelihatan lesu selepas menghadapi Arsenal dengan 10 pemain untuk tempoh panjang dalam perlawanan sebelum ini dan Leeds mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas keletihan mental dan fizikal mereka.

“Saya harap ini hanya malam buruk kerana ia adalah perlawanan di mana anda sukar memperoleh apa-apa.

“Ia EPL, anda perlu beraksi setiap perlawanan, tidak kira di laman sendiri atau lawan.

“Kami terlepas Moises (Caicedo) malam ini dan akan kehilangan dia dalam perlawanan seterusnya. Dia pemain penting untuk mana-mana pasukan di dunia,” kata Maresca.

Chelsea tidak dibantu oleh pemain tengah berpengaruh, Caicedo, selepas bintang Ecuador itu digantung perlawanan akibat kad merah dalam perlawanan 1-1 Ahad lalu menentang Arsenal.-AFP, HMetro Online- 

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here