Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Tompokan atau bitnik-bintik yang kelihatan di wajah seseorang boleh mencacatkan penampilan malah menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri.
Malah ia menampakkan seseorang itu lebih tua daripada usia sebenar mereka.
Tompokan itu dikenali sebagai jeragat. Jeragat adalah salah satu dari masalah pada kulit wajah. Ia adalah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka khususnya di dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.
Tompokan ini berwarna coklat atau lebih gelap dari warna asal kulit yang sehingga boleh menampakkan perbezaan ketara pada tona kulit seseorang.
Malahan proses untuk merawatnya sangat sukar dan mengambil masa yang agak lama untuk hilang.
Ia juga boleh mengakibatkan wajah seseorang kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang hari walaupun memakai beberapa jenis mekap untuk menutupinya.
Umumnya, masih ramai yang belum faham tentang jeragat.
Ia kebiasaannya berlaku ketika kulit mengeluarkan “melanin” yang berlebihan apabila terdedah di bawah sinaran uv serta cenderung timbul pada muka, leher, lengan dan kawasan badan.
Di samping itu, terdapat pelbagai jenis jeragat dan setiap daripadanya adalah berbeza. Ada yang senang untuk hilang bahkan ada yang mustahil untuk dihilangkan.
Antara jenis jeragat yang biasa dialami oleh wanita adalah salah satunya adalah “freckles”. Ia seperti tompok-tompok coklat kecil yang kebiasaannya banyak timbul di sekitar tulang pipi dan hidung. Ini kerana ia lebih kepada faktor genetik.
Namun, faktor paling utama selain genetik adalah kerana seseorang tidak menjaga kulit mereka dengan memakai “sunblock atau sunscreen” menyebabkan lebih gelap sekiranya freckles terkena cahaya matahari secara berlebihan.
Selain itu, jenis bintik hitam yang tidak sama saiz dan tidak sekata dikenali sebagai age spot atau sun spot. Kejadian ini kerap berlaku apabila kulit mengalami kerosakan teruk dan mendalam sepanjang tahun.
Sekiranya ia tidak begitu dalam, ia masih boleh dirawat menggunakan “laser treatment”.
Akhir sekali adalah melasma, sejenis tompok-tompok coklat besar yang timbul pada kulit wajah wanita.
Faktor yang kerap berlaku akan timbulnya melasma adalah kerana ibu mengandung yang tidak memakai sunscreen kerana ketika itu, hormon mereka dalam keadaan tidak stabil.
Untuk pengetahuan ramai, melasma adalah jenis hyperpigmentation yang sangat susah untuk dirawat dan mengambil masa yang lama untuk pudar.
Produk sunscreen mempunyai pelbagai jenis di pasaran. Setiap orang perlu mempunyai sedikit imu tentang sunscreen sebelum menggunakannya serta pastikan ianya selamat dan sesuai untuk digunakan pada kulit masing-masing.
IMedikel TV






