MADRID: Seorang individu rapat dengan Jorge Martin mengakui bahawa keputusan Ducati memilih Marc Marquez amat ‘difahami’.
Pasukan pengeluar Ducati memilih untuk tidak memilih Martin, yang akhirnya menjadi juara MotoGP, musim lalu.
Keputusan itu menyebabkan juara dunia itu akan berlumba menggunakan jentera pesaing iaitu Aprilia, manakala Marquez pula menyertai pasukan pengeluar Ducati.
“Ia adalah saat yang sukar untuknya,” kata pengarah sukan Pramac, Fonsi Nieto, kepada Europa Press mengenai keputusan Ducati yang tidak memilih Martin.
“Saya selalu berkata bahawa Jorge sudah melalui tiga saat sukar dalam kerjayanya di MotoGP: kemalangan di Portugal yang benar-benar mengecewakannya sehingga dia pernah terfikir untuk bersara; pemilihan Enea Bastianini dan pemilihan Marquez.
“Saya rasa tiga perkara ini paling sukar dan dia berjaya mengatasinya serta menjadikannya sebagai motivasi.
“Ducati sekarang berada dalam era kegemilangan dan mereka akan terus berjuang untuk menang. Tetapi bukan mudah untuk mereka membuat keputusan kehilangan pelumba seperti Jorge, seorang juara dunia.
“Namun, kita sedang bercakap mengenai Marc Marquez, juara dunia lapan kali, yang mempunyai daya tarikan besar. Ia mungkin sesuatu yang boleh difahami mengapa mereka memilih Marquez.
“Dengan Marc, anda sentiasa perlu mengambil kira kemampuannya kerana dia adalah salah seorang pelumba terbaik dalam sejarah,” katanya lagi. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






