Home Sukan MARTA TAKLUK TERBUKA MADRID KALI PERTAMA

MARTA TAKLUK TERBUKA MADRID KALI PERTAMA

126
0

MADRID: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro Marta Kostyuk menewaskan Mirra Andreeva 6-3, 7-5, awal pagi tadi, untuk muncul juara Terbuka Madrid buat kali pertama.

Pemain nombor 23 dunia itu meraih gelaran pertama di tahap WTA 1000 dan trofi kedua musim ini.

Marta turut menjadi hanya pemain kedua di luar kelompok 20 terbaik dunia yang berjaya memenangi Terbuka Madrid, selain mara ke final ketiganya sepanjang musim 2026 yang cemerlang setakat ini.

“Rasa luar biasa dapat berdiri di sini sekarang. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini.

“Satu perkataan yang saya fikirkan sekarang ialah konsistensi perlu ada setiap hari tidak kira betapa sukarnya, tidak kira sama ada anda suka atau tidak apa yang anda lakukan.

“Saya rasa saya lakukannya dengan sangat baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi saya sangat bangga dengan diri sendiri dan pasukan saya,” kata Marta.

Marta sebelum ini turut menewaskan Mirra dalam pertemuan mereka di Brisbane awal tahun ini dan kedua-duanya memulakan musim gelanggang tanah liat dengan prestasi cemerlang.

“Sudah tentu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Marta, prestasi anda di gelanggang tanah liat sangat baik setakat ini, anda memenangi dua kejohanan berturut-turut, jadi anda bermain dengan sangat baik, tahniah atas kemenangan hari ini,” kata Mirra yang tidak dapat menahan air mata.

Ini adalah final WTA 1000 ketiga buat Mirra dan kekalahan pertamanya di pentas itu selepas gagal menambah koleksi gelaran 500 yang dimenangi di Adelaide dan Linz awal tahun ini. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here