Home Luar Negara MARK ZUCKERBERG INDIVIDU KEEMPAT TERKAYA DI DUNIA

MARK ZUCKERBERG INDIVIDU KEEMPAT TERKAYA DI DUNIA

146
0

ISTANBUL: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma induk Facebook, Meta Platforms, Mark Zuckerberg, melonjak ke tempat keempat dalam senarai jutawan dunia pada Jumaat.

Menurut senarai Forbes Real-Time Billionaires, nilai bersih diperoleh Zuckerberg meningkat sebanyak AS$27.6 bilion, atau 19.88 peratus, mencecah AS$167 bilion, lapor Anadolu Agency (AA).

Dengan kedudukan itu, Zuckerberg, 39, mengatasi kedudukan pengasas bersama Microsoft Bill Gates, guru pelaburan Warren Buffett (tempat kelima), dan pengasas bersama Oracle Larry Ellison (tempat keenam).

Beliau berada di bawah pengasas Amazon Jeff Bezos, yang memegang tempat ketiga dengan kekayaan hampir AS$194 bilion, dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Tesla, dan X Elon Musk, dengan kekayaan mencecah AS$198 bilion di tempat kedua.

Bernard Arnault, 74, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen Perancis LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, mengetuai senarai itu dengan memiliki kekayaan bernilai AS$212 bilion.

Peningkatan mendadak Zuckerberg berlaku selepas pendapatan Meta meningkat lebih tiga kali ganda kepada AS$14 bilion pada suku keempat, menurut penyata kewangannya yang dikeluarkan Khamis.

Jumlah hasil pula meningkat 25 peratus tahun ke tahun kepada AS$40.11 bilion, manakala syarikat berjaya menurunkan kos dan perbelanjaan sebanyak lapan peratus.

Dengan keputusan kukuh, harga saham Meta Platforms melonjak 20.3 peratus untuk ditutup Jumaat pada AS$474.99.

Zuckerberg dianggarkan mempunyai 13 peratus kepentingan dalam Meta. – Bernama-Anadolu, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here