LONDON: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca akui tidak realistik apabila ada pihak yang meletakkan sasaran tinggi biarpun selepas berjaya menundukkan Manchester United 1-0 untuk membolehkan The Blues semakin menghampiri layak ke kelayakan Liga Juara-Juara.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, jaringan tunggal menerusi tandukan Marc Cucurella ketika aksi hanya berbaki 20 minit sebelum ditamatkan menyaksikan Chelsea melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jika mampu menumbangkan Nottingham Forest pada aksi terakhir liga pada 25 Mei ini, tiket ke saingan Liga Juara-Juara bakal menjadi milik anak buah Maresca selepas dua musim tidak layak.
Malah, Chelsea turut berpeluang menjulang trofi musim ini sekiranya berjaya menundukkan Real Betis dalam final final Liga Konferens UEFA di Wroclaw, Poland 28 Mei ini.
Untuk rekod, Chelsea membelanjakan lebih RM5 bilion bagi mendapatkan tandatangan pemain baharu untuk tempoh tiga musim lalu sejak konsortium Amerika mengambil alih daripada Roman Abramovich selaku pemilik kelab.
Begitupun, sebahagian besar pemegang saham menandatangani ramai pemain muda dan Maresca percaya skuad kendaliannya memerlukan masa untuk berkembang sebagai sebuah pasukan disegani.
“Bagi saya yang menjadi masalah adalah orang ramai, anda pihak media di mana ramai memikirkan yang pasukan ini adalah pasukan sama beberapa tahun lalu. Ia tidak sama,” kata Maresca.
“Malam ini (malam tadi) Nicolas Jackson digantung perlawanan, kami bermain dengan menurunkan Tyrique (George) dan enam pemain lain dari akademi (pemain muda).
“Beberapa musim lalu, Didier Drogba digugurkan, Diego Costa bermain disamping Fernando Torres. Ini sama sekali adalah skuad yang berbeza.
“Saya faham semua pihak mengharapkan sesuatu daripada pasukan ini. Kita kini dalam laluan yang tepat, diharapkan kita akan dapat meletakkan kelab di tempat yang sepatutnya,” katanya. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






