Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan seramai 10,606 orang daripada 3,943 keluarga kini ditempatkan di 65 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 11 pagi ini.
Daerah Tumpat kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 4,403 mangsa daripada 1,706 keluarga ditempatkan di 12 PPS di kawasan berkenaan.
Di Kota Bharu, seramai 2,153 mangsa daripada 796 keluarga berada di 17 PPS, manakala Bachok turut merekodkan antara jumlah mangsa tertinggi dengan 2,407 mangsa daripada 727 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.
Sementara itu, Machang mencatatkan seramai 821 mangsa daripada 15 keluarga dan kini berada di enam PPS, diikuti Tanah Merah dengan 437 mangsa daripada 150 keluarga ditempatkan 11 PPS.
Daerah Pasir Puteh mencatatkan 167 mangsa daripada 51 keluarga dan ditempatkan di satu PPS, manakala di Kuala Krai mencatatkan 362 mangsa daripada 122 keluarga di enam PPS.
Daerah Gua Musang pula merekodkan 133 mangsa daripada 35 keluarga kini berlindung di dua PPS.
Pasir Mas adalah daerah paling rendah terjejas setakat ini dengan 83 mangsa daripada 41 keluarga kini berada di dua PPS.
IMedikel TV






