Home Segmen Kesihatan MANFAAT PISANG KEPADA KESIHATAN

MANFAAT PISANG KEPADA KESIHATAN

246
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pisang adalah antara buah yang paling popular di dunia.

Ia sesuai dihidangkan pada setiap waktu dan pelbagai acara. Lebih penting, buah ini kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat.

Nak tahu apa manfaat pisang kepada kesihatan?

1. Mengawal kadar gula dalam darah

Buah pisang kaya dengan serat. Ia membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan makanan ke dalam darah. Ini akan mengekalkan gula pada kadar yang lebih stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara tiba-tiba. Namun, ini mungkin tidak terpakai untuk penghidap diabetes. Mereka harus mengelakkan mengambil banyak pisang yang masak penuh.

2. Meningkatkan sistem penghadaman

Serat di dalam buah ini juga turut membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman. Najis akan menjadi lebih lembut dan pergerakan usus bertambah baik. Sembelit dapat dikurangkan.

3. Membantu penurunan berat badan

Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat. Dua faktor ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet and bagi mengurangkan berat badan. Ia membantu memberikan kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama. Ini membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan

4. Sihat untuk jantung

Buah ini sangat popular dengan kandungan potassium, meskipun terdapat banyak lagi buah lain yang mengandungi potassium lebih tinggi seperti kurma dan durian. Walau bagaimanapun, potassium yang terkandung di dalamnya adalah penting untuk fungsi jantung. Potassium yang mencukupi membantu jantung mengepam darah dengan sihat dan sekata. Namun, elakkan mengambil buah ini secara berlebihan jika mempunyai masalah buah pinggang.

5. Mengandungi antioksidan

Antioksidan adalah sangat penting untuk memastikan proses penuaan yang berlaku pada sel-sel di dalam badan tidak berlaku terlalu pantas. Penuaan tidak dapat dielakkan tetapi boleh dikawal. Penuaan bukan sekadar untuk kekal cantik tetapi juga kekal sihat. Bukan sekadar kulit luaran, sel-sel pada organ dalaman turut mengalami penuaan.

Antioksidan dalam pisang seperti dopamine dan catechins mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here