Home Sukan MANCHESTER CITY KE FINAL PIALA FA

MANCHESTER CITY KE FINAL PIALA FA

198
0

LONDON: Manchester City bangkit daripada kekecewaan di pentas Liga Juara-Juara apabila mara ke final Piala FA menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea di Stadium Wembley.

Bernardo Silva yang gagal menyempurnakan penalti ketika berdepan Real Madrid menebus kekecewaannya apabila jaringan tunggalnya membawa City ke final Piala FA untuk dua tahun berturut-turut.

Pemain tengah itu meledak gol kemenangan selepas menyambut hantaran lintang Kevin de Bruyne ketika saingan berbaki enam minit.

Chelsea hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas deretan peluang gagal disudahkan yang menyaksikan Wembley sekali lagi memberikan kekecewaan kepada mereka selepas mereka tumbang di tangan Liverpool pada aksi final Piala Liga.

Kontroversi tercetus apabila Chelsea tidak dihadiahkan sepakan penalti pada babak kedua apabila sepakan percuma Cole Palmer terkena tangan Jack Grealish dan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan ia bukan penalti.

City masih berpeluang memenangi dua trofi musim ini dan bakal bertemu seteru tetangga, Manchester United ataupun pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City di final nanti.-AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here