Home Sukan MAN UNITED NYARIS DIMALUKAN SHEFFIELD

MAN UNITED NYARIS DIMALUKAN SHEFFIELD

MANCHESTER: Bruno Fernandes menyelamatkan Manchester United daripada dimalukan Sheffield United apabila dua golnya memberikan kemenangan 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Memetik laporan menerusi AGENSI berita harian,Skuad kendalian Erik ten Hag dua kali ketinggalan menentang kelab tercorot liga itu sebelum Fernandes mencetus kebangkitan di babak kedua untuk meredakan tekanan ke atas pengendali dari Belanda itu.

Jayden Bogle meletakkan The Blades di depan dan walaupun Harry Maguire menyamakan kedudukan sebelum rehat, Ben Brereton Diaz menambah jaringan untuk pelawat di awal babak kedua.

Fernandes sekali lagi memadamkan kelebihan Sheffield, kali ini menerusi sepakan penalti sebelum pemain tengah Portugal itu meletakkan United di depan ketika permainan berbaki sembilan minit.

Rasmus Hojlund meledak gol keempat United bagi memastikan kemenangan liga pertama mereka dalam lima perlawanan sejak menewaskan Everton pada 9 Mac.

Pemain Manchester United,Rasmus Hojlund (kanan) meraikan jaringan ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. – Foto AFP
“Saya rasa kami bermain agak baik, mencipta banyak peluang. Banyak aspek positif, tetapi masih ada yang negatif.

“Dibolosi dengan mudah dua kali, ia sukar diterima. Saya gembira dengan kemenangan ini. Anda nampak keadaan panik? Tidak sama sekali. Kami amat tenang. Kami perlu belajar daripada ini,” kata Ten Hag.

Sekurang-kurangnya Ten Hag boleh menarik nafas lega seketika sebelum United yang berada di tangga keenam liga berusaha menyelamatkan kempen mereka dengan memenangi Piala FA dan layak ke Liga Europa musim depan.

Sheffield berada 10 mata di bawah garis selamat dengan hanya empat perlawanan berbaki musim ini. – AFP-BH ONLINE

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here