Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Makanan seimbang adalah baik dari segi kesihatan kepada setiap individu.
Namun, ada antara mereka menghidap penyakit kanser.
Rawatan kemoterapi, radiasi dan pelbagai lagi jenis rawatan untuk merawat kanser boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kecergasan badan anda.
Malah anda mungkin mendapati rawatan yang anda lalui turut menjejaskan deria rasa dan juga selera makan anda.
Jadi anda perlu memilih dan merancang diet pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memberikan dan mengembalikan tenaga kepada anda untuk lebih kuat menempuhi hari anda.

Antara makanan yang terbaik bagi pesakit kanser yang boleh mengurangkan perkembangannya adalah:
- Sayuran berdaun hijau – Terdapat pelbagai jenis sayuran berdaun, antaranya bayam dan salad romaine – kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat melawan kanser, vitamin C dan beta-karoten (dari jenis vitamin A).
- Sayuran cruciferous – Antara contoh sayuran dalam kumpulan ini adalah seperti kubis, bunga kubis dan brokoli – dikenali sebagai pembunuh kanser yang kuat dan sumber makanan vitamin C yang terbaik.
- Buahan beri – Buahan beri seperti beri biru, rasberi, ceri, strawberi dan beri hitam – kaya kandungan antioksidan, sumber tenaga vitamin C, vitamin A, acid gallic – agen antikulat/antivirus yang berkuasa meningkatkan sistem imun. Buah yang boleh dimakan oleh pesakit kanser ini juga kaya dengan antioksidan proanthocyanidin yang dipercayai bersifat anti-penuaan dan mampu mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

4. Buah dan sayuran yang berwarna terang
5. Herba dan rempah segar – Kunyit sebagai contoh menagndungi ramuan aktif, kurkumin yang mempunyai peranan dalam diet anti-kanser dengan dikatakan dapat mengurangkan saiz ketumbuhan dan melawan kanser usus dan payudara.
Herba lain seperti:
- halia
- bawang putih mentah
- thyme
- cayenne pepper
- oregano
- basil
- pasli
6.Cendawan – Terdapat pelbagai variasi cendawan yanag kaya dengaan pelbagai daedah, rasa dan bentuk, tetapi kesemuanya dikenali dapat membantu mempertingkatkan imun dan melawan kanser.

7. Ikan berlemak
- Ikan seperti salmon, tuna dan sardin merupakan sumber protien utama dan kaya nutrisi.
- Ia mengandungi omega-3 yang dapat menjaga otot, vitamin B12 membantu proses menghasilkan sel darah merah, dan vitamin D sebagai komponen kesihatan tulang yang penting.
- Pemilihan makanan terbaik untuk pesakit kanser adalah penting dalam menjaga tahap kesihatan dan mengurangkan risiko atau perkembangan kanser.
IMedikel TV






