Home Buletin Semasa MAKANAN SEJUK BEKU KELUARAN BUMIPUTERA

MAKANAN SEJUK BEKU KELUARAN BUMIPUTERA

243
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

Gunong, KELANTAN: Lambakan makanan sejuk beku dari negara jiran thailand, amat meragukan walaupun mempunyai tanda halal.

Makanan sejuk beku menjadi salah satu alternatif kepada masyarakat yang sibuk dengan aktiviti harian.

Namun agak sukar untuk mencari makanan sejuk beku yang terjamin kebersihannya dan halal untuk digunakan.

Baru-baru ini team imedikel tv sempat membuat tinjauan dan menemu bual pengurus kedai nadi ayam di kampung gunong, di sini.

Nadi Ayam adalah pengedar dan pengusaha kedai makanan sejuk beku yang dimiliki sepenuhnya bumiputera melayu islam.

Produk yang dipasarkan di sini dijual pada harga berpatutan dan mampu milik.

Selain menjual porduk jenama lain, nadi ayam juga menghasilkan makanan sejuk beku jenamanya sendiri iaitu Sosej Nadi Ria.

“Produk keluaran nadi ayam sosej nadi ria tu dihasilkan di buat oleh kita sendiri syarikat nadi ayam sendiri bertapak di pasir mas”

Katanya nadi ayam mempunyai kilang di pasir mas untuk menghasilkan produk mereka sendiri.

Menurut Akmalluddin Nadi Ayam juga mengambil inisiatif untuk mempromosikan produk-produk di platform media sosial.

“Selain kita buat demonstration untuk tester makanan, selain itu kita jugak ada masuk booth macam karnival-karnival di kota bharu lah”

“Best seller sini biasanya kita ni macam bahagian-bahagian ayam, macam rangka ayam, kepak ayam, buntut ayam apa semua tu best seller sini lah”

Katanya nadi ayam hanya bertapak di kampung Gunong, Bachok sahaja.

Akmaluddin berharap agar orang ramai terus menyokong dan membeli makanan sejuk beku keluaran bumiputera ini.

Sementara itu Mira 36 tahun berasal daripada kampung tualang pasir puteh turut datang ke sini untuk membeli makanan sejuk beku.

“Okayla murah daripada tempat lain la, barang-barang dia murah la daripada tempat -tempat lain yang saya survey la”

Katanya harga di sini berpatutan dan ini adalah kali kedua dia datang membeli di kedai nadi ayam ini.

Nadi ayam dibuka seawal 8 pagi sehingga 6.30 petang dan dibuka pada sabtu sehingga khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here