Guayaquil, ECUADOR: katanya, enam mangsa yang cedera semuanya dalam keadaan stabil. Guayaquil adalah sebuah bandar pelabuhan yang sinonim dengan keganasan pengedar dadah.
Dua minggu lalu, lima terbunuh termasuk seorang anggota polis manakala lapan cedera selepas tiga lelaki melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah di sini.
Serangan seperti itu semakin kerap berlaku di negara ini, terutamanya di bandar ini apabila kumpulan kongsi gelap bersaing bagi menguasai pasaran dan laluan dadah di jalanan termasuk penjara.
Sebagai rekod, lebih 420 banduan mati dalam pertempuran ganas antara kumpulan penjenayah yang bermusuhan di penjara ecuador sejak Februari 2021.
Sebahagian daripada banduan yang mati itu didapati kepala mereka dipenggal.
Mengulas lanjut, castillo berkata siasatan awal mendapati penyerang tiba dengan sebuah kenderaan berwarna hitam di kawasan kejiranan.
“Empat atau lima (orang) keluar dan melepaskan tembakan walaupun (ketika itu ada) beberapa orang berada d jalanan. – MARCELO CASTILLO, Jurucakap Polis Kolonel
“Ia adalah tindakan balas dendam bagi keganasan yang berlaku sebelum ini. Mereka berbunuhan antara satu sama lain tanpa belas kasihan.”
Castillo berkata seorang daripada penyerang yang terbunuh memiliki rekod ‘kumpulan penjenayah’ manakala seorang daripada yang cedera dikenalpasti terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.
Katanya, kira-kira 132 senjata ditemui di tempat kejadian.
Guayaquil yang terletak di pantai pasifik selatan ecuador adalah bandar terbesar di negara itu. ia memiliki pelabuhan terbesar dan menjadi hab ekonomi.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan in, ia bertukar menjadi ‘hab peperangan’ yang semakin memburuk.
Lokasinya menjadikan bandar pelabuhan itu lubuk pelancaran strategik untuk penghantaran dadah ke amerika syarikat (as) dan eropah.
Setakat ini, pihak berkuasa berjaya merampas 100 tan dadah dalam beberaoa operasi manakala tahun lalu, dadah seberat 200 tan dirampas dan 210 tan pada 2021.
Menurut data rasmi, kadar pembunuhan negara itu mencatatkan hampir dua kali ganda antara 2021 dan 2022 iaitu daripada 14 kepada 25 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk.
Sumber BH Online & AFP
Imedikel TV






