Home Buletin Semasa BIMBANG MASALAH AIR BERTAKUNG

BIMBANG MASALAH AIR BERTAKUNG

172
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Penduduk setempat di kampung jaya seakan lali dengan keadaan air yang bertakung serta jalan tidak rata yang tidak pernah di perbaiki oleh pihak berwajib.

Takungan itu terjadi akibat air tidak mengalir dengan sempurna dan terperangkap di kawasan rendah menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air.

Menurut penduduk mahmood deraman, 68, di sini, tiada longkang dibuat di kawasan tersebut walhal jalan raya selalu dinaik taraf dari masa ke semasa.

“Jadi mengapa kerajaan pihak berwajib boleh menjaga jalan ni dengan mesin rumput licin licin sedangkan benda tu tidak boleh diperbaiki.”

Mahmood berkata masalah ini akan berterusan jika pihak berwajib tidak mengambil inisiatif yang sewajarnya.

Katanya, jalan raya menjadi lebih tinggi tetapi bahagian tepi jalan menjadi semakin rendah menyebabkan air melimpah semakin banyak ketika hujan.

Tambahnya, kejadian itu boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya.

“Kalau ada longkang tentu dah dia mengalir ni nak mengalir ikut mana dah longkang tak ada haa jadi pelik jalanraya ada longkang tak ada itu satu perkara yang tidak tidak munasabah lah.”

Mahmood yang juga pesara sekolah kebangsaan padang mokan itu berkata tiada takungan langsung di dalam tanah yang menjadi saliran kepada takungan air itu.

Menurutnya, pihak berkuasa patut peka kerana hal ini melibatkan nyawa orang ramai.

Mahmood berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan dan sekurangnya datang melihat bagi langkah memperbaikinya.

Loqman norhakim abdul aziz, 27, dari melawi, berkata sesetengah pengguna jalan raya bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak mengikut giliran di trafik light.

Loqman yang bekerja di sekitar kampung jaya berkata orang ramai sering membuat putaran u di kawasan air bertakung.

“Ada juga lah motor laju memang bahaya la terbalik la.”

Peniaga kedai runcit berdekatan, masrin abdul rahman, 45, berkata, desebakan jalan yang tidak rata orang ramai sukar membeli ke kedainya.

“Kalau banyak air tu memang ambil masa la untuk kering paling kurang pun dalam 3,4, hari paling lama pun mungkin seminggu lebih la untuk kering la ambil masa lama sebab air tak boleh mengalir la.”

Masrin berkata takungan air itu berterusan kerana air terlalu banyak dan mengambil masa yang agak lama untuk surut.

 

“Jadi saya berharap pihak berkuasa buat parit la parit yang tahan lama tahan untuk supaya air dapat dialir keluar la nak parit yang tahan lama supaya parit yang tidak mudah rosak la dan parit dalam juga la.”

Tambahnya, dengan adanya sistem perparitan, ia bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya, malah keselamatan orang ramai juga terjamin.

Bagaimanapun, ketika disoal wartawan i medikel tv tentang aduan ke pihak berwajib, mereka masih belum membuat sebarang aduan rasmi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here