Brasilia: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada isnin, di bekas sekolahnya di selatan Brazil.
Ini menyebabkan seorang pelajar berusia 16 tahun maut, sementara seorang lagi cedera sebelum penyerang itu ditangkap, kata pihak berkuasa.
Penyerang yang tiba di kompleks sekolah rendah dan menengah di perbandaran Londrina itu menyatakan dia memerlukan transkrip, tetapi terus mengeluarkan pistol sebaik dibenarkan masuk dan mula menembak, kata pihak berkuasa di negeri parana.
Laporan media brazil mengatakan penembak itu berusia 21 tahun.
Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun terbunuh, dan seorang pelajar lelaki sebaya yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan serius, kata kementerian keselamatan negeri dalam satu kenyataan.
Presiden Luiz Inacio Lula Da Silva menyatakan kesedihannya dan kemarahannya atas kejadian serangan itu.
“Satu lagi insiden kehidupan masih muda diragut oleh kebencian dan keganasan, sesuatu yang kita tidak boleh bertolak ansur lagi di sekolah atau masyarakat kita,” – Presiden Luiz Inacio Lula Da Silva
Beliau menulisnya di twitter.
Serangan di sekolah jarang berlaku sebelum ini di Brazil, namun tragedi itu menyaksikan peningkatan dalam serangan seumpamanya, baru-baru ini.
April lalu, seorang penyerang membunuh empat kanak-kanak dengan kapak di sebuah sekolah dan pusat jagaan di bandar selatan blumenau.
Insiden itu mengejutkan negara, mendorong pentadbiran lula mengumumkan langkah untuk meningkatkan keselamatan di sekolah dan menangani kandungan media sosial yang dilihat sebagai mempromosikan keganasan sekolah.
Serangan tembakan di sekolah paling sadis di Brazil adalah pada 2011, apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di bekas sekolah rendahnya di Relengo, di luar Rio De Janeiro, yang membunuh 12 kanak-kanak, selain dirinya turut terbunuh.
Sumber HMetro Online & AFP
Imedikel TV






