Home Luar Negara KEKAL MUDA SEPERTI 13 TAHUN

KEKAL MUDA SEPERTI 13 TAHUN

163
0

BRASILIA: Memasuki usia tujuh tahun itu dia mula mengalami sakit kepala teruk dan kesakitan itu berlaku dengan lebih kerap seiring berlalunya masa.

Oddity central melaporkan, tiada seorang pun doktor yang dibawa oleh ibu bapanya dapat mendiagnosis keadaannya dengan betul, pada masa sama sakit kepala dialaminya itu mula menjejaskan aktiviti sekolah dan kehidupan sehariannya.

Ada yang mendakwa bahawa ia hanya virus, manakala yang lain mengatakan bahawa ia adalah keadaan psikologi, atau bahawa dia hanya mengada-adakan cerita kerana malas.

Hanya selepas guto mengalami sawan, dia dibawa ke hospital bandar di mana punca sebenar sakit kepalanya akhirnya didedahkan.

Guto didiagnosis dengan craniopharyngioma, sejenis tumor otak sangat jarang berlaku yang menjejaskan kira-kira satu dalam sejuta orang.

Doktor memberitahu ibu saudara guto bahawa mereka perlu membedahnya untuk membuang sebahagian daripada tumor itu, atau dia akan mati dalam beberapa hari.

Namun, pembedahan itu banyak risiko kerana lokasi tumor yang bermakna guto boleh kehilangan keupayaannya untuk berjalan, bercakap, atau menggerakkan matanya dan pertumbuhannya boleh terjejas.

Selepas pembedahan, guto diletakkan di dalam bilik kaca di mana dia dipantau sepanjang masa kerana doktor ingin melihat sama ada dia akan mengalami sawan atau menunjukkan sebarang gejala luar biasa.

Semasa pembedahan, kelenjar pituitari guto terjejas dan dia kemungkinan besar akan berhenti membesar secara normal pada satu ketika.

Dia berhenti membesar pada usia 12 tahun, dan hari ini, pada usia 23 tahun, dia masih kelihatan lebih muda sekurang-kurangnya 10 tahun.

Sumber HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here