Home Ulasan Wartawan BERGAYA SEHINGGA MEMUDARATKAN

BERGAYA SEHINGGA MEMUDARATKAN

215
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

Saban hari, ada dalam kalangan orang ramai terutama anak muda sanggup menghabiskan wang atau melaburkan wang mereka untuk terlihat mewah dan bergaya.

Mereka lebih mementingkan luaran yang lebih bergaya walhal poket hampir kering dek kerana ingin memenuhi standard zaman moden.

Berbelanja secara berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada individu tersebut sehingga sanggup berhutang demi membeli barangan mewah demi kepuasan diri sendiri.

Wartawan Imedikel TV sempat menemu bual seorang pekerja swasta berkenaan isu berkenaan.

Nur Salsabila 24, berpendapat bahawa anak muda seharusnya menitikberatkan aset atau pun simpanan pada masa hadapan terutama sekali pada waktu keceman memandangkan insuran perubatan juga memerlukan dana atau bajet untuk dibayar.

Nur Salsabila nasihat anak muda di luar sana agar tidak boros.

“Mempamerkan kemewahan diri semata-mata untuk diperlihatkan sebagai seorang yang mengikut trend atau style terkini amatlah membinasakan diri.  Tidak salah untuk mempunyai style sendiri tetapi ianya haruslah berpada-pada.”

Mesra dipanggil Bella dia memberi pandangan peribadi bahawa anak muda perlulah mengukur baju di badan sendiri agar tidak boros dalam setiap perbelanjaan yang dilakukan.

Sementara itu, seorang lagi yang dihubungi, Maryam Jalilah, 30, berkata, orang zaman sekarang terutamanya anak muda kebanyakkan menjadi boros kerana terpengaruh dengan media sosial.

Maryam Jalilah

“Di media sosial ni biasanya ramai yang selalu menunjukkan macam-macam dengan gaya yang mewah. Jadi segelintir anak muda yang tengok perkara ini nak ada kehidupan yang seperti itu juga walaupun diri dia tu tidak mempunyai wang sangat pun.”

Menurut Maryam, hal ini juga terjadi kerana individu itu sendiri mempunyai lingkungan rakan yang suka  barangan jenama mewah.

Ini berkemungkinan dia juga menginginkan apa yang diguna pakai oleh rakannya serta ingin memperlihatkan dirinya “Up to date”.

Jadi sedikit nasihat untuk mereka, ukurlah baju di badan sendiri, pepatah ini memberi maksud bahawa seseorang individu itu haruslah berbelanja mengikut kemampuan supaya tidak berlebihan seterusnya membawa kepada berhutang.

Fikirkan masa hadapan iaitu dengan menyimpan. Mempunyai hidup yang sederhana bukan bermakna tidak mampu hakikatnya ia membuatkan kita lebih senang di masa hadapan.

Ingatlah kita mempunyai kepentingan dalam kehidupan, tanggungjawab dalam menguruskan wang perlulah dititikberatkan. Perancangan kewangan yang baik memberi kesan yang positif pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here