Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan harga zakat fitrah di negeri ini sebanyak RM8 bagi tahun 1446H.
Yang Dipertuanya Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Abdul Aziz bagaimanapun dalam suatu kenyataan mamaklumkan, bagi individu yang ingin membuat bayaran sama ada dengan jumlah harga RM14 mahupun RM21 adalah digalakkan, namun ia bergantung kepada keselesaan berdasarkan harga beras yang dimakan.
“Kadar nisab zakat harta bagi tahun ini pula adalah sebanyak RM29,376 untuk haul antara Ramadan tahun 1447H.
“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal di masjid sekitar bandar mahupun jajahan masing-masing atau menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my,” katanya menerusi kenyataan itu.
Selain itu, penetapan harga zakat fitrah dan kadar nisab zakat harta itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
“MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini dan bersama-sama dalam menghidupkan Ramadan 1446H dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan,” katanya.
IMedikel TV






