Home Hiburan M JAMIL JALANI PEMBEDAHAN BUANG JARI KELINGKING KIRI REPUT

M JAMIL JALANI PEMBEDAHAN BUANG JARI KELINGKING KIRI REPUT

48
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon M Jamil, 63, selamat menjalani pembedahan membuang jari kelingking kiri yang reput atau gangren di Hospital Cyberjaya, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, anaknya, Batrisya berkata, bapanya dimasukkan ke hospital terbabit sejaktiga hari lalu selepas keadaan jarinya reput teruk akibat diabetes.

“Saya dan kakak bawa ayah ke hospital untuk buat prosedur itu. Pembedahan berlangsung jam 10.30 malam tadi. Ayah sekarang masih dihospital dan belum dibenarkan keluar.

“Jari kelingking kiri ayah itu sebenarnya bermula dengan luka kecil, tapi lama-kelamaan semakin teruk. Ayah ada buat prosedur cuci luka (dressing)sendiri.

“Namun,hanya jari itu saja yang kena buang. Alhamdulillah, jari lain tiada masalah dan harapnya akan okay,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, anak kepada seniwati terkenal, Datuk Sarimah Ahmad ini mengalami strok sejak lapan tahun lalu mengakibatkan pergerakannya terbatas dan tidak mampu mencari pendapatan.

Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan banyak menghabiskan masa di rumah.

Penderitaannya semakin bertambah apabila isteri keempatnya, Shahrila Markom yang dikahwini pada 24 Mei 2014 bertindak meninggalkan rumah.

Shahrila turut membawa bersama dua anak mereka, Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, selain memfailkan permohonan cerai terhadapnya pada 24 Disember tahun lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here