Home Buletin Semasa LKM TAMAT TEMPOH, JPJ KEDAH SITA KENDERAAN PERDAGANGAN DALAM OPS KHAS

LKM TAMAT TEMPOH, JPJ KEDAH SITA KENDERAAN PERDAGANGAN DALAM OPS KHAS

64
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

SUNGAI PETANI: Sebuah kenderaan perdagangan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah selepas didapati beroperasi menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh dalam Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Jalan Taman Keladi, di sini, malam Isnin lalu.

JPJ Kedah menerusi hantaran di laman rasmi memaklumkan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 7 malam itu, anggota penguat kuasa JPJ Kedah melakukan pemeriksaan terhadap beberapa kenderaan perdagangan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kenderaan perdagangan melakukan kesalahan kerana menggunakan LKM yang tidak lagi sah, sekali gus melanggar peruntukan yang ditetapkan di bawah undang-undang jalan raya.

“Susulan kesalahan tersebut, tindakan penyitaan diambil terhadap kenderaan berkenaan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa,”menurut kenyataan itu.

JPJ Kedah dalam kenyataannya menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik atau pengendali kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya sentiasa terjamin,”tegas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan LKM kenderaan diperbaharui dan masih sah bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan, termasuk penyitaan kenderaan. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here