Home Buletin Semasa PASTI TERENGGANU LAKAR SEJARAH, RANGKUL ANUGERAH PRASEKOLAH TERBAIK DUNIA DI BANGKOK

PASTI TERENGGANU LAKAR SEJARAH, RANGKUL ANUGERAH PRASEKOLAH TERBAIK DUNIA DI BANGKOK

95
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) PASTI Negeri Terengganu mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Best Preschool of the Year pada World School Summit 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Perkhabaran membanggakan itu dikongsikan oleh Jabatan PASTI Negeri Kelantan menerusi satu hantaran di Facebook yang turut menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan antarabangsa yang diterima institusi pendidikan awal kanak-kanak berkenaan.

Menurut hantaran tersebut, kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

“Alhamdulillah. Dari Terengganu ke Bangkok. Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia,” menurut hantaran itu.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu turut menegaskan bahawa anugerah berprestij tersebut bukan milik mana-mana individu semata-mata, sebaliknya adalah hasil pengorbanan dan komitmen seluruh warga PASTI.

“Pengiktirafan itu didedikasikan kepada para guru yang gigih mendidik, pengurus yang berkorban masa dan tenaga, ibu bapa yang memberikan kepercayaan serta anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi kepada perjuangan institusi tersebut,”menurut perkongsian itu.

Menurut kenyataan, kejayaan berkenaan membuktikan bahawa usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan disandarkan kepada Allah mampu membuahkan hasil yang membanggakan.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan doa dan sokongan dalam usaha melahirkan generasi celik al-Quran serta berakhlak mulia.

Sementara itu, kejayaan tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang membanjiri ruangan kome

Rata-rata netizen menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja buat Terengganu, malah untuk Malaysia secara keseluruhannya.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk ucapan “Tahniah PASTI Terengganu.”

Seorang lagi warga maya mengucapkan Tahniah pada semua tenaga pengajar dan pada semua yang terlibat dengan PASTI.” 

Anugerah yang diterima itu sekali gus mengangkat nama PASTI dan sistem pendidikan Islam negara di persada dunia, selain menjadi bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap kualiti pendidikan awal kanak-kanak yang diterapkan oleh institusi berkenaan. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here