Home Sukan LIVERPOOL TUNGGU KEPUTUSAN FIFA SEBELUM LEPASKAN SALAH

LIVERPOOL TUNGGU KEPUTUSAN FIFA SEBELUM LEPASKAN SALAH

LIVERPOOL: Liverpool kini menunggu keputusan rasmi berkenaan tarikh pelepasan Mohamed Salah untuk menyertai skuad kebangsaan Mesir menjelang Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang bermula 21 Disember ini.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Mesir dijadual memulakan aksi pada 22 Disember, tetapi Liverpool perlu melepaskan Salah lebih awal untuk kem latihan pra-kejohanan.

Bagaimanapun, Liverpool tidak diwajibkan membenarkan pemain itu menyertai Piala Arab, yang bermula 2 Disember, kerana Mesir memilih untuk menghantar pasukan ‘B’ yang terdiri daripada pemain tempatan, manakala skuad utama fokus kepada AFCON.

Skuad utama Mesir juga mempunyai perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 7 Disember, dan pengendali Mesir mahu Salah diturunkan

Liverpool pula berharap dapat mengekalkan khidmat pemain bintang itu sehingga selepas perlawanan Liga Perdana menentang Brighton pada 13 Disember.

Sekiranya FIFA menetapkan pelepasan pemain dua minggu sebelum kejohanan, Salah mungkin terlepas aksi menentang Inter Milan pada 9 Disember serta perlawanan menentang Brighton.

Salah akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Tottenham, Wolves dan Leeds sepanjang musim perayaan, manakala pembabitannya selepas itu bergantung kepada sejauh mana Mesir mara dalam AFCON.

Namun, Reds mungkin tidak terasa terlalu kehilangan Salah memandangkan prestasinya kurang memberangsangkan musim ini dengan hanya empat gol daripada permainan terbuka setakat ini.

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, mempertahankan pemain itu walaupun Liverpool tewas teruk kepada PSV Eindhoven baru-baru ini.

Gerrard berkata kepada TNT Sports: “Liverpool berada dalam saat sukar. Salah ialah pemain kanan, penolong kapten dan ikon pasukan.

“Ini tidak bermakna dia perlu bermain setiap perlawanan, tetapi mana-mana pengurus pun akan menurunkan Mo Salah. Liverpool memerlukan pemain terbaik di atas padang.” – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here