Home Sukan LIVERPOOL JUMPA ATALANTA, LEVERKUSEN BERDEPAN WEST HAM

LIVERPOOL JUMPA ATALANTA, LEVERKUSEN BERDEPAN WEST HAM

164
0

NYON, Switzerland: Liverpool akan menentang pasukan Serie A, Atalanta di suku akhir Liga Europa manakala pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen berdepan West Ham United selepas undian diadakan di ibu pejabat UEFA di Nyon, hari ini.

AC Milan yang mengintai untuk memenangi trofi itu buat kali pertama akan menentang finalis musim lalu, AS Roma dalam pertembungan dua wakil dari Itali.

Benfica diundi menentang kelab Perancis, Olympique de Marseille dan pemenang aksi suku akhir itu akan berdepan sama ada Liverpool atau Atalanta di separuh akhir.

Satu lagi pertembungan separuh akhir akan menyaksikan pasukan Itali, Milan atau Roma bakal menentang sama ada Bayer Leverkusen atau West Ham.

West Ham memenangi Liga Konferens musim lalu dan mara ke separuh akhir Liga Europa pada 2022, tetapi mereka berdepan tugas sukar menentang Leverkusen.

Kelab Jerman itu tidak tewas dalam 37 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan sedang mendahului saingan Bundesliga dengan kelebihan 10 mata.

Mereka mara ke suku akhir apabila bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Qarabag 3-2, sekali gus memastikan kemenangan dengan agregat 5-4. – REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here