PARIS: Lionel Messi masih ketinggalan di belakang Cristiano Ronaldo walaupun akan menerima bayaran lumayan di Amerika.
Messi akan menyertai Inter Miami milik David Beckham pada musim panas ini selepas kepulangannya ke Barcelona tidak kesampaian.
Pemain lagenda Argentina itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain apabila kontraknya tamat akhir bulan ini.
Pemain PSG itu dilaporkan mendapat tawaran 300 juta pound (RM1.74 bilion) setahun untuk berpindah ke Araba Saudi selepas mengumumkan akan meninggalkan PSG.
Bagaimanapun dia tidak mahu menyertai bekas seteru Real Madrid, Ronaldo dan Karim Benzema yang beraksi di Liga Pro Saudi.

Selepas menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu masih menerima gaji yang tinggi di Amerika Syarikat.
Kontrak Messi dilaporkan bernilai 119.34 juta pound (RM691.89 juta) untuk tempoh dua tahun setengah bersama kelab Major League Soccer itu.
Walaupun jumlahnya rendah berbanding Ronaldo, dia masih berpeluang mendapat tajaan lumayan daripada Adidas, Apple dan MLS.
Malah ketua MLS juga dikatakan akan menawarkan peluang buat Messi untuk membeli saham di kelab-kelab liga berkenaan selepas bersara nanti – seperti dilakukan Beckham.
Sumber BH Online & AGENSI
Imedikel TV






