Home Buletin Semasa KPWKM AKAN TERUS PANTAU PERKEMBANGAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK

KPWKM AKAN TERUS PANTAU PERKEMBANGAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK

153
0

KUALA LUMPUR: KPWKM memandang serius kes penderaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun  di Desa Rejang oleh orang yang dikenali sepertimana yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

Menurut kenyatanm media, Kementerian dimaklumkan bahawa suspek kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan yakin bahawa siasatan terperinci terhadap pesalah kes penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak ini akan dijalankan.

Selain itu, Kementerian juga dimaklumkan bahawa kanak-kanak ini telah dibawa ke hospital bersama ibunya bagi menerima rawatan dan berada dalam keadaan selamat.

Menurut kenyataan media, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001.

Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua Jabatan serta Agensi di bawah KPWKM ini akan terus memberikan pemeliharaan dan pelindungan sewajarnya kepada kanak-kanak selain meningkatkan kesedaran dalam usaha melindungi kanak-kanak melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera

Sumber KPWKM

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here