Home Segmen Kesihatan LIMA JENIS REHAT ELAK BURNOUT

LIMA JENIS REHAT ELAK BURNOUT

299
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Tekanan kerja yang semakin tinggi serta gaya hidup yang sibuk sering menyebabkan ramai individu berdepan keletihan melampau atau burnout.

Situasi itu bukan sahaja menjejaskan prestasi di tempat kerja, malah boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal jika dibiarkan berlarutan.

Oleh itu, penting untuk mengambil rehat yang mencukupi bagi mengekalkan kesejahteraan dan produktiviti.

Berikut adalah lima jenis rehat yang perlu diamalkan:

  1. Rehat fizikal: Memberi tubuh peluang untuk pulih dengan tidur yang cukup dan berkualiti. Selain itu, elakkan aktiviti fizikal berat secara berterusan dengan berehat seperti meregangkan badan atau berjalan sebentar.
  • Rehat mental: Berhenti seketika tugasan yang memerlukan tumpuan tinggi. Aktiviti seperti mendengar muzik santai atau sekadar bernafas dengan teratur dapat menenangkan minda.
  • Rehat deria: Mengurangkan pendedahan terhadap skrin telefon, komputer dan televisyen serta bunyi bising yang berpanjangan. Berehat di tempat yang tenang dapat membantu mengurangkan tekanan pada deria.
  • Rehat emosi: Meluahkan perasaan yang terpendam kepada individu dipercayai atau mengambil masa untuk diri sendiri. Dapatkan sokongan profesional untuk membantu menstabilkan emosi.
  • Rehat sosial: Meluangkan masa dengan individu yang memberi sokongan positif. Interaksi sosial yang sihat dapat membantu membina semula semangat dan tenaga emosi yang hilang.

Mengamalkan lima jenis rehat ini secara konsisten dapat memulihkan tenaga, mengekalkan kesejahteraan diri serta meningkatkan produktiviti harian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here