Home Sukan LEVERKUSEN LAYAK KE PUSINGAN 16 SELEPAS SERI

LEVERKUSEN LAYAK KE PUSINGAN 16 SELEPAS SERI

119
0

LEVERKUSEN: Bayer Leverkusen layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas seri tanpa jaringan menentang Olympiacos di laman sendiri, sekali gus menang agregat 2-0 pada aksi play-off, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Leverkusen tidak mempamerkan aksi terbaik tetapi melakukan secukupnya untuk layak selepas kemenangan selesa pada perlawanan pertama di Greece minggu lalu.

Ini kali pertama Leverkusen berjaya melepasi peringkat kalah mati dua perlawanan Liga Juara-Juara sejak mara ke final pada 2002 sebelum tewas 1-2 kepada Real Madrid.

Juara berganda Jerman 2024 itu akan berdepan sama ada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal atau juara Jerman, Bayern Munich yang menyingkirkan Leverkusen pada pusingan 16 terakhir musim lalu.

“Perlawanan ini langsung tidak berjalan seperti yang kami bayangkan. Terlalu perlahan – satu-satunya perkara positif adalah kami tidak dibolosi dan berjaya mara ke pusingan seterusnya,” kata kapten Leverkusen, Robert Andrich kepada Amazon Prime.

“Kami perlukan lebih kepantasan dan lebih agresif, sama ada tanpa bola atau ketika menguasainya – nasib baik lawan tidak menghukum kami.”

Senada dengan kaptennya, pemain tengah Leverkusen, Jonas Hofmann berkata jurulatih Kasper Hjulmand “mungkin akan pulang dan minum bir kerana kecewa dengan persembahan itu. Tiada sesiapa di sini yang boleh berpuas hati dengannya.”

Leverkusen tidak dibolosi di laman sendiri dalam semua pertandingan sejak awal Januari dan juara Greece itu jarang memberi ancaman walaupun beraksi penuh bertenaga. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here