Home Luar Negara LETAK ANAK ATAS KOMPRESOR ‘AIRCOND’ UNTUK UGUT SUAMI

LETAK ANAK ATAS KOMPRESOR ‘AIRCOND’ UNTUK UGUT SUAMI

175
0

Beijing: Seorang ibu di China tergamak meletakkan dua anaknya di bahagian kompresor penyaman udara di luar tingkat 23 rumah mereka bagi mengugut suaminya.

Nasib malang dua beradik itu diketahui penduduk di Luoyang, wilayah Henan, yang mendengar tangisan salah seorang daripada mereka, 10 Oktober lalu.

Laman web berita Sohu melaporkan, dua beradik itu dilihat berada dalam bahaya dengan ibu mereka duduk di dalam rumah di tingkat sebelah.

Berdasarkan video yang dirakam seorang penduduk, wanita itu dilihat bertengkar dengan suaminya dan menghalang mendekati kanak-kanak itu.

Kedua-duanya tidak memakai sebarang alat perlindungan dengan kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak kerana ketakutan manakala adiknya dilihat lebih tenang.

Penduduk berhampiran turut melaporkan kejadian itu.

Seorang pegawai Persekutuan Wanita dan Kanak-kanak tempatan berkata, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan bomba.

Katanya, pihaknya dan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Klip video tular di Weibo sehingga ditonton lebih 55 juta kali.

Ramai netizen mengecam tindakan wanita itu yang sepatutnya melindungi anaknya, malah tidak kurang juga menyalahkan suami yang gagal mengawal keadaan isterinya bagi menyelamatkan anak mereka. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here