Jakarta, INDONESIA: Ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah pekerja di syarikat itu.
Dalam video tular seperti dilaporkan detiksulsel, seorang lelaki dilihat menangkap seekor anjing di tepi sungai manakala seorang lagi rakan berdiri di berhampiran sungai.
Lelaki itu dibantu rakannya memegang anjing terbabit, sebelum melemparkan haiwan itu hidup-hidup ke dalam sungai sambil ketawa.
Anjing berkenaan terus disambar seekor buaya di dalam sungai itu.
Namun tindakan mereka mengundang padah apabila ditahan pihak polis selepas video itu tular.
Ketua polis nunukan akbp taufik nurmandia berkata, pelaku dikenali sebagai dedy, rosady dan gio sudah ditahan pihak polis.
Menurutnya, deddy dan rosady bertindak melempar anjing terbabit, manakala gio merakam tindakan mereka.
“Motif kejadian adalah marahkan anjing yang didakwa sering ‘mencuri’ makanan pekerja diletakkan di atas meja.
“Mereka mendakwa haiwan itu sudah beberapa kali mencuri makanan pekerja menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak di luar kawalan,” katanya kepada detikcom.
Pengarah utama pt jml djamal w berkata, ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai pemandu kenderaan berat itu dipecat serta-merta.
“Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan kejam yang dilakukan mereka. – Pengarah Utama PT JML Djamal W
“Jadi, kami mengambil tindakan pemecatan tanpa faedah sehingga siasatan oleh pihak polis selesai,”
Katanya dilaporkan detiksulsel.
Katanya, syarikat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.
Sumber: HMetro Online & AGENSI
Imedikel TV






