Home Luar Negara 11 MAUT, 20 HILANG SELEPAS SELATAN BRAZIL DILANDA TAUFAN

11 MAUT, 20 HILANG SELEPAS SELATAN BRAZIL DILANDA TAUFAN

110
0

Sao Paulo, BRAZIL: Gabenor Rio Grande Do Sul, Eduardo Leite, berkata kawasan paling teruk terjejas akibat taufan ialah pekan Caraa, dengan lebih 8,000 penduduk.

“Keadaan di Caraa amat membimbangkan, penting bagi kita menyelaras usaha bagi mengesan kawasan paling terjejas dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan segera.” – Eduardo Leite, Gabenor Rio Grande Do Sul

Katanya selepas melawat kawasan berkenaan.

Jumaat lalu, maquine, daerah di pesisir pantai timur brazil, menerima hampir 0.3 meter hujan dalam tempoh sehari, menurut pihak berkuasa.

Kata Leite, sebahagian besar penduduk di kawasan terjejas kni berlindung di kompleks sukan di kejiranan masing-masing

“Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran risiko tanah runtuh di beberapa kawasan dan sudah melaksanakan 2,400 operasi menyelamat sejak dua hari lalu. – Leite

“Objektif utama kami sekarang ialah untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa manusia, kami masih menemui mangsa yang terkandas, mencari orang hilang dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa.”

Banjir besar dengan kesan buruk semakin menjadi perkara biasa di brazil yang sememangnya sering berdepan ancaman banjir sudah berdekad lamanya. 

Sumber: BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here