Home Luar Negara 129 PATI MANDI PELUH DALAM TRELER

129 PATI MANDI PELUH DALAM TRELER

150
0

BANDAR MEXICO: Pihak berkuasa Mexico menemui 129 pendatang asing tanpa izin (PATI), kebanyakannya dari Guatemala, bersesak dalam sebuah lori treler di negeri timur Veracruz, kata Institut Migrasi Kebangsaan (INM), semalam.

Ia berlaku ketika gelombang panas melanda Mexico, di mana suhu lebih tinggi daripada kebiasaan, mencecah 45 darjah celsius di beberapa negeri, termasuk Veracruz.

Akhir bulan lalu, ejen imigresen menemui 175 lagi pati lebih jauh ke selatan, terutama dari amerika tengah, di negeri Chiapas.

Seramai 300 orang lagi ditemui ketika kenderaan membawa mereka diarah berhenti di pusat pemeriksaan di Veracruz pada mac lalu.

Pati yang melarikan diri daripada penindasan dan kemiskinan di Amerika Latin sering membayar penyeludup untuk melalui mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS).

Ada antara mereka yang terpaksa merentasi kawasan yang penuh dengan keganasan dadah, menjadikan mereka terdedah kepada jenayah terancang.

INM dalam kenyataan, berkata antara yang ditemui dalam operasi jumaat lalu itu ialah individu dewasa dari guatemala, honduras, india dan el salvador, selain 19 kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani.

Katanya, anak-kanak itu akan diletakkan di bawah penjagaan negeri, manakala yang lain akan menjalani proses bagi menentukan status undang-undang mereka di mexico.

Empat suspek penyeludup turut ditahan dalam operasi itu.

Jumaat lalu, inm berkata, pesuruhjayanya, Francisco Garduño bertemu pegawai guatemala bagi membincangkan ganti rugi terhadap mangsa kebakaran yang maut di pusat tahanan pendatang di Mexico, Mac lalu, yang meragut 39 nyawa.

Sumber: BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here