Home Luar Negara LELAKI TIKAM TIGA WANITA DI STESEN METRO PARIS BERBEZA

LELAKI TIKAM TIGA WANITA DI STESEN METRO PARIS BERBEZA

244
0

ISTANBUL: Memetik laporan Bernama-Anadolu menerusi Harian Metro, tiga wanita cedera akibat ditikam seorang lelaki di Laluan 3 Metro Paris pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar harian Perancis, Le Parisien.

Seorang lelaki bersenjata mengeluarkan pisau lalu menikam tiga wanita di stesen berbeza sepanjang laluan yang menghubungkan komun Bagnolet dan Levallois-Perret, sah Le Parisien memetik sumber polis.

Kesemua mangsa menerima rawatan di lokasi kejadian dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Suspek yang dilaporkan berasal dari Mali dan lahir pada tahun 2000, kemudiannya ditahan di kediamannya.

Motif keganasan dilaporkan telah ditolak, dan polis percaya serangan itu adalah perbuatan individu yang terganggu atau seseorang yang rapuh jiwanya. – Bernama-Anadolu, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here