Home Buletin Semasa ADIK LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS KETIKA CUBA SELAMATKAN ABANG

ADIK LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS KETIKA CUBA SELAMATKAN ABANG

255
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Seorang remaja berusia 13 tahun ditemukan lemas berhampiran pintu air Sungai Mas, di sini pada jam 9.30 malam selepas enam jam dilaporkan hilang.

Mangsa, Mohamad Syafi Irsyad Mohd Shaharudin, 13, ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa hilang selepas terjun ke dalam sungai itu ketika cuba menyelamatkan abangnya yang jatuh ketika sedang duduk di tepi sungai berkenaan.

“Mangsa yang menyaksikan kejadian itu kemudian terjun untuk membantu abangnya yang berusia 15 tahun.

“Walau bagaimanapun, abang mangsa berjaya menyelamatkan dirinya dengan berpaut pada tembok penghadang air (guard).

“Manakala adiknya (mangsa) tidak berjaya menyelamatkan diri dan dipercayai telah dihanyutkan arus deras ekoran daripada cuaca hujan lebat,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat, dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here