Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Mengurut sering dikaitkan dengan aktiviti memanjakan diri wanita. Namun, hakikatnya urutan untuk lelaki juga memberi banyak manfaat bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental. Kini, terdapat pelbagai jenis urutan khas untuk kaum Adam yang boleh dicuba bagi mengekalkan kesihatan tubuh dan minda.
Mengapa Lelaki Perlu Mengurut?
Menurut perkongsian portal hellodoktor, ketika mengurut, tukang urut akan menekan bahagian tertentu pada badan untuk mengurangkan rasa sakit, lenguh, dan ketegangan otot. Bagi sesetengah individu, ia juga sebahagian daripada pelan rawatan untuk membantu pemulihan kecederaan dan meningkatkan keselesaan ketika bekerja.
Kebaikan urutan terhadap fizikal:
(a) Melancarkan peredaran darah
(b) Mengurangkan masalah otot
(c) Membantu tidur lebih lena
(d) Mempercepatkan proses sembuh selepas bersenam
(e) Meningkatkan fleksibiliti badan
(f) Mengurangkan rasa lenguh
(g) Menguatkan sistem imun
Kebaikan urutan terhadap mental:
(a) Mengurangkan tekanan
(b) Memberi rasa relaks
(c) Meningkatkan tenaga harian
5 Jenis Urut Lelaki Yang Boleh Dicuba
1. Urutan Sweden
– Urutan menenangkan dengan lima teknik berbeza untuk merangsang otot lelaki.
– Selalu menggunakan minyak dan diakhiri dengan mandian stim.
– Tempoh: 60–90 minit.
2. Urutan Thai
– Sesuai untuk lelaki aktif atau mengalami kesakitan kronik.
– Menggabungkan gerakan seperti senaman yoga.
– Meningkatkan tenaga, fleksibiliti dan peredaran darah.
– Tempoh: 60–90 minit.

3. Urutan Aromaterapi
– Menggunakan minyak pati (essential oil) beraroma.
– Gerakan lembut, sesuai untuk relaksasi dan ‘healing’.
– Biasanya fokus pada bahagian belakang, bahu dan kepala.
4. Urutan Otot/Tisu Dalam
– Lebih sesuai untuk lelaki yang mengalami sakit otot, kecederaan atau lenguh kronik.
– Menggunakan tekanan lebih kuat berbanding urutan Sweden.
– Membantu melegakan otot yang tegang.
5. Urutan Shiatsu
– Urutan tradisional Jepun yang membantu mengurangkan sakit badan dan meningkatkan kualiti tidur.
– Memberi ketenangan serta membantu pemulihan, terutamanya bagi atlet muda.
– Fokus pada seluruh badan dengan penekanan pada bahagian tertentu.
Kesimpulannya, mengurut bukan lagi aktiviti eksklusif untuk wanita. Lelaki juga boleh mendapatkan pelbagai manfaat daripada rawatan urut sama ada untuk kesihatan fizikal, mental, atau sekadar melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.
IMedikel TV






