Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini, hari ini selepas didakwa menjalankan urus niaga 431 liter minyak petrol tanpa memiliki lesen yang sah.
Tertuduh, Mohd Irfan Mohidin Che Man, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berurus niaga barang kawalan minyak petrol secara runcit atau borong tanpa memiliki lesen yang sah.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan Muhammadi Iman Masjuri.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula bagi fakta kes dan hukuman.
IMedikel TV






