Home Luar Negara LELAKI ARAB SAUDI DITAHAN SELEPAS REMPUHAN KERETA MAUT DI PASAR KRISMAS JERMAN

LELAKI ARAB SAUDI DITAHAN SELEPAS REMPUHAN KERETA MAUT DI PASAR KRISMAS JERMAN

140
0

MAGDEBURG: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan lebih 60 cedera dalam serangan maut rempuhan menggunakan kereta di sebuah pasar Krismas di Jerman semalam.

Susulan itu, polis Jerman menahan seorang lelaki warga Arab Saudi yang menjadi suspek utama dalam serangan itu itu.

Menurut Perdana Menteri wilayah, Reiner Haseloff, suspek adalah seorang doktor perubatan berusia 50 tahun dari Arab Saudi yang tinggal di negeri timur Saxony-Anhalt.

“Kami sudah menahan pelakunya, seorang lelaki dari Arab Saudi, seorang doktor yang berada di Jerman sejak 2006.

“Daripada apa yang kami tahu pada masa ini dia adalah penyerang tunggal. Jadi, kami tidak fikir ada bahaya lagi.

“Lelaki Arab Saudi itu dipercayai memandu kereta yang disewa dengan plat lesen Munich ke pasar Krismas,” katanya kepada pemberita sambil menggelar serangan itu sebagai ‘malapetaka’ bagi bandar dan negara itu.

Sementara itu, polis berkata, kenderaan merempuh dan mengheret mangsa sekurang-kurangnya 400 meter merentasi pasar Krismas hingga meninggalkan jejak darah mangsa berlumuran di dataran dewan bandar pusat bandar itu.

Ambulans dan jentera bomba bergegas ke lokasi berkenaan dan mangsa yang cedera parah dirawat ketika mereka berbaring di atas tanah atau dikejarkan ke hospital.

Keadaan disifatkan kacau-bilau dengan tangisan dan jeritan kedengaran ketika kira-kira 100 polis, pegawai perubatan dan pegawai bomba dikerahkan ke pasar berkenaan.

Akhbar mingguan, Der Spiegel, yang memetik sumber keselamatan, berkata sebuah BMW hitam merempuh orang ramai pada kelajuan tinggi pada jam 7 malam (waktu tempatan) ketika pasar itu dipenuhi dengan orang ramai.

Sementara itu, akhbar Die Welt melaporkan bahawa sebuah bagasi ditemui di tempat duduk penumpang tetapi tidak jelas jika terdapat bahan letupan di dalamnya dan pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan berkenaan.

Pentadbiran bandar Magdeburg berkata dalam catatan Facebook, seramai 15 orang cedera parah, dengan 37 orang mengalami kecederaan serius dan 16 mengalami kecederaan ringan.

Canselor Jerman, Olaf Scholz, berkata laporan dari Magdeburg menimbulkan ketakutan yang paling teruk.

“Fikiran saya adalah terhadap mangsa dan keluarga mereka. Kami berdiri di sisi mereka dan di sisi penduduk Magdeburg. Terima kasih saya ucapkan kepada pekerja penyelamat yang berdedikasi pada waktu-waktu cemas ini,” tulisnya dalam platform X. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here