Home Buletin Semasa LX-HYDRO KELUARAN IMEDIKEL BAKAL TEMBUSI PASARAN NEW YORK

LX-HYDRO KELUARAN IMEDIKEL BAKAL TEMBUSI PASARAN NEW YORK

185
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Minuman kesihatan keluaran produk IMedikel LX-Hydro bakal menembusi pasaran New York pada Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, LX-Hydro dihasilkan daripada Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) serta mematuhi piawaian antarabangsa.

“Ini satu perkembangan yang menarik dan satu-satunya daripada I Medikel ke New York dan kita berbangga daripada produk ini dan Januari tahun hadapan dijangka akan ke New York.

“Satu-satunya syarikat bumiputera yang menembusi pasaran ke Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk dari Kota Bharu ke New York, di Wisma I Medikel Telipot, di sini, pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, pihaknya bakal berbincang dengan kerajaan negeri untuk memberikan insentif terhadap syarikat tersebut untuk mengembangkan lagi produk tersebut.

“Kita menggalakkan usahawan menembusi pasaran luar daripada Malaysia dan kita menggalakkan syarikat lain untuk menempah barang-barang daripada kilang yang boleh mengeluarkan produk di I Medikel,” katanya.

Sementara itu, Presiden IMedikel, Yusmat Mamat berkata selepas pelancaran produk ke New York, mereka bercadang untuk menembusi pasaran Arab Saudi.

“Kita ambil masa setahun juga kalau untuk menembusi pasaran luar negara. Kita lancarkan produk kesihatan di New York, manakala kita akan tembusi pasaran di Arab Saudi dengan produk glukosa (gula) test bagi ibu mengandung.

“Setakat ini IMedikel sudah bekerjasama dengan syarikat di Indonesia. Mereka adalah salah seorang pengasas produk kecantikan di sana dengan mengeluarkan produk mereka dari kilang Pengeluar Peralatan Asli (OEM) kami. Kami bukan pasarkan produk ke Indonesia tetapi mereka menggunakan kilang OEM kami,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here