Home Buletin Semasa LAPAN PATI INDONESIA DIPULANGKAN MELALUI JALAN LAUT DARI MELAKA KE DUMAI

LAPAN PATI INDONESIA DIPULANGKAN MELALUI JALAN LAUT DARI MELAKA KE DUMAI

448
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BERA: Seramai lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang selepas selesai menjalani hukuman di Depot Imigresen Kemayan, di sini.

Menurut kenyataan JIM Pahang, proses pemindahan tahanan itu dilaksanakan melalui laluan laut dari Melaka ke Dumai, Indonesia, dengan pemantauan ketat pegawai imigresen bagi memastikan prosedur penghantaran berjalan lancar dan mengikut peraturan.

“Kesemua tahanan berkenaan sebelum ini didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,”menurut kenyataan hari ini.

JIM Pahang dalam kenyataannya memaklumkan bahawa program pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan berterusan yang dilaksanakan oleh jabatan itu bagi memastikan isu kebanjiran pendatang tanpa izin dapat dikawal dengan lebih berkesan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here