Home Sukan LAKERS DIJUAL RM47.2 BILION. FRANCAIS PALING BERNILAI DI AS

LAKERS DIJUAL RM47.2 BILION. FRANCAIS PALING BERNILAI DI AS

394
0

LOS ANGELES: Pasukan bola keranjang ikonik, Los Angeles Lakers, bakal dijual dalam satu urus niaga bersejarah bernilai AS$10 bilion (RM47.2 bilion), sekali gus menjadikannya francais sukan paling bernilai dalam sejarah Amerika Syarikat,

Menurut laporan itu, keluarga Buss selaku pemilik utama Lakers akan melepaskan kepentingan kawalan mereka kepada hartawan Mark Walter, yang turut memiliki pegangan minoriti dalam pasukan itu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro walaupun Jeanie Buss akan kekal sebagai Gabenor Lakers, perjanjian ini menamatkan era pemerintahan keluarga Buss selama 47 tahun ke atas gergasi NBA berkenaan.

Walter adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pegangan TWG Global, yang mempunyai rangkaian pemilikan meluas dalam arena sukan profesional termasuk pasukan Major League Baseball, Los Angeles Dodgers serta pasukan bola keranjang wanita, Los Angeles Sparks.

TWG turut memiliki kejohanan tenis Billie Jean King Cup serta pasukan Formula Satu, Cadillac.

Walaupun butiran lanjut berkenaan perjanjian itu tidak didedahkan, legenda Lakers, Magic Johnson, yang juga rakan perniagaan Walter menyambut baik berita itu menerusi ciapan di platform X.

“Peminat Lakers patut teruja. Mark seorang yang obses dengan kemenangan, kecemerlangan dan sentiasa melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Dia akan melabur sepenuhnya demi kejayaan pasukan,” tulis Johnson.

Dia turut menyifatkan keputusan Jeanie untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Walter sebagai langkah yang tepat, berdasarkan rekod cemerlang Walter dalam menguruskan Los Angeles Dodgers, yang memenangi Siri Dunia sebanyak dua kali sejak pengambilalihan oleh kumpulan pelaburannya.

“Mark adalah pilihan terbaik dan penjaga paling layak bagi jenama Lakers. Lihat saja apa yang telah beliau capai bersama Dodgers. Dia sememangnya seorang pemenang,” katanya.

Penjualan ini menutup tirai sebuah era gemilang dalam sejarah NBA yang sarat dengan kejayaan dan nostalgia, sekali gus membuka lembaran baharu buat Lakers, sebuah pasukan lagenda yang pernah mengukir dominasi di persada bola keranjang dunia. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here